Khamis, 11 Februari 2010

Keluhan Penduduk Apartment Larkin Indah.

Hampir 70% penduduk di Pangsapuri Larkin Indah ini mengalami masalah yang sama, air kumbahan akan mengalir keluar memasuki kediaman penduduk. gambar di atas menunjukan salah sebuah kediaman yang terpaksa di pecahkan dinding rumah tersebut untuk membuang air yang berbau. 
Gambar ini diambil diruang bilik tidur utama. apa yang kelihatan adalah lendir yang menitik dari ciling.
Kebersihan langsung tidak dijaga, keadaan berlumut dan air bertakung. tempat nyamuk bertelur. 

Pemasalahan ini telah diajukan kepada Y.B kawasan tersebut, tapi hingga kini tiada tindakan dilakukan oleh pihak pemaju. Kawasan tersebut juga dijanjikan dengan berbagai kemudahan riadah dan juga kolam renang tapi hingga kini hanya yang ada kolam menternak nyamuk sahaja. 

Tempat:
            Pangsapuri Larkin Indah
            Jalan Datin Halimah,
            Johor Bahru, Johor.